Nik Safiah et. Al. (2004) mendefinisikan kata-kata pemeri tersebut seperti yang berikut :
(a) Ialah – menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama
(b) adalah – menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama
Yang berikut ialah kesilapan yang berlaku semasa penggunaan kata-kata pemeri dalam lisan dan penulisan.
1. Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah :
SALAH
|
BETUL
|
a. Anak adalah anugerah Allah.
b. Beliau adalah orang yang pertama membiakkan …
c. Kaum wanita adalah elemen…
d. Malaysia mesti mempunyai rakyat yang sejumlah besar daripadanya adalah orang-orang yang berpendidikan.
e. Masalah yang kita hadapi adalah kekurangan pendapat yang bernas.
f. Matlamat NURY adalah pembinaan masyarakat yang cemerlang.
g. Memandangkan TYT Tuan adalah bekas Pengerusi Lembaga ..
h. Perkara ini adalah masalah yang tidak mudah diatasi.
i. Sepak takraw adalah sukan yang elok dipertandingkan.
|
a. Anak ialah anugerah Allah.
b. Beliau ialah orang yang pertama membiakkan…
c. Kaum wanita ialah elemen…
d. Malaysia mesti mempunyai rakyat yang sejumlah besar daripadanya ialah orang-orang yang berpendidikan.
e. Masalah yang kita hadapi ialah kekurangan pendapat yang bernas.
f. Matlamat NURY ialah pembinaan masyarakat yang cemerlang.
g. Memandangkan TYT Tuan ialah bekas Pengerusi Lembaga ..
h. Perkara ini ialah masalah yang tidak mudah diatasi.
i. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan.
|
2. Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah :
SALAH
|
BETUL
|
a. Kursus ini ialah untuk ..
b. Tarikh kerja pembaikan lif dijangka siap ialah pada ….
|
a. Kursus ini adalah untuk ..
b. Tarikh kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada
|
3. Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja
SALAH
|
BETUL
|
a. Matlamat utama unit ini adalah membantu pihak pengurusan melaksanakan tanggungjawabnya secara berkesan.
b. Satu usaha yang dijalankan adalah menerbitkan risalah penerangan untuk tatapan masyarakat.
|
a. Matlamat utama unit ini adalah untuk membantu pihak pengurusan melaksanakan tanggungjawabnya secara berkesan.
b. Satu usaha yang dijalankan adalah untuk menerbitkan risalah penerangan untuk tatapan masyarakat.
|
4. Kesilapan penggunaan kata adalah pada awal ayat.
SALAH
|
BETUL
|
a. Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa ..
b. Adalah diharapkan dengan pemilihan ini ..
c. Adalah dimaklumkan bahawa …
d. Adalah diumumkan bahawa …
|
a. Dengan ini dimaklumkan bahawa ..
b. Dengan pemilihan ini ..
c. Dengan ini dimaklumkan bahawa …
d. Dengan ini diumumkan bahawa …
|