Sunday, March 29, 2009

KENAIKKAN INSURANS MOTOSIKAL

Adakah anda semua tahu insurans motosikal mengalami kenaikkan mendadak dan ini tidak diumumkan oleh pihak kerajaan. kenaikkan ini tidak disedari apabila beberapa orang sahabat saya sudah renew insurans motosikal 3rd party. kenaikkan sebanyak hampir 100%. kenaikkan hampir kepada RM44 di mana jumah insurans yang perlu dibayar hampir mencecah rm100 lebih (bagi NCD55%).

Kenapa kenaikkan ini berlaku semasa kemelesetan ekonomi. Bukankah semua syarikat insurans di bawah kawalan Bank Negara. Adakah ini semua adalah arahan Bank Negara? Kenapa rakyat harus menjadi mangsa? Adakah jalan raya di Malysia ini sudah tidak selamat sehingggakan insurans dinaikkan berlipat kali ganda.

Kenapa tidak dinaikkan insuran kenderaan mewah sahaja? Kenapa tidak dinaikkan cukai syarikat konsesi lebuh raya yang mendapat keuntungan berbillion-billion ringgit. Kenapa diumumkan stimulus package jika kerajaan tiada wang? kenapa tindakan kerajaan BN sama sekali bertentangan dengan moto BN semasa PR iaitu "Aman, Selamat & Makmur". Di manakah kemakmuran jika insurans dinaikkan secara mendadak? Bukankan rakyat terus menjadi mangsa keadaan. Diharap pihak kerajaan BN meneliti semula kenaikkan ini.

Apa yang saya harapkan sebagai warganegara malaysia kepada kerajaan, jujurlah kepada rakyat. Jika berlaku kenaikkan, umumkan supaya rakyat tidak rasa tertipu. Berikan alasan yang rasional yang boleh diterima oleh akal yang waras. Sekian.

Slam perubahan

Notes for TFA 2013

Chapter 8
https://staf-digital.upsi.edu.my/xythoswfs/webui/_xy-66533_1-t_mgAMyIfn

Chapter 9
https://staf-digital.upsi.edu.my/xythoswfs/webui/_xy-66533_1-t_mgAMyIfn